Friday, February 25, 2011

Bila Lelaki Jatuh cinta


Kekasihku Noralia Yastie :)


Bila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas,perubahan sikapnya amat mengejutkan.Hati lelaki yang dianggap keras selama ini boleh menjadi lembut selembut kapas pabila sudah jatuh cinta dengan relanya.Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban apa sahaja untuk kekasihnya.Sekeras manapun hati lelaki, ia tetap mengalirkan airmata apabila hatinya dilukai.Diantara tanda-tanda yang lelaki jatuh cinta dengan hebat ialah:

1.Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu dengan rela bukan terpaksa demi kekasihnya.

2.Dia sentiasa menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.

3.Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia sayangkan kekasihnya.

4.Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya

5.Dia tidak suka ada lelaki lain cube rapat dengan kekasihnya

6.Dia mudah merasa sensitif dan cemburu apabila kekasihnya tidak menumpukan perhatian

7.Adakalanya dia merasa seperti budak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahukan kekasih menumpukan perhatian sepenuhnya kepada dia

8.Dia menjadi orang yang paling rajin dan ingin membantu kekasihnya dalam semua pertolongannya.

9.Dia pandai merajuk hatinya kerana ingin dipujuk kekasihnya

10.Dia akan menggelabah apa bila kekasihnya berjauhan dan selalu memastikan keselamatannya

11.Dia mementingkan kekasihnya daripada diri sendiri

12.Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya

13.Dia menanggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayai sehingga sanggup menyerahkan segalanya termasuk harta dan nyawanya.

14.Bukan semu lelaki sanggup menitiskan airmata untuk kekasihnya


3 comments: